
GELORA KEJAYAAN HUFFAZ MTTNP
Alhamdulillah, satu lagi lembaran kecemerlangan berjaya diukir apabila 100% pelajar Tingkatan 4 dan 5 Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) telah berjaya menyempurnakan Ujian Syahadah Al-Quran sekurang-kurangnya 5 juzuk.
Lebih mengagumkan, lahir dalam kalangan mereka para huffaz yang telah berjaya menyempurnakan Syahadah 10 juzuk, 15 juzuk, 20 juzuk, 25 juzuk malah sehingga 30 juzuk Al-Quran.
Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti kesungguhan, pengorbanan, mujahadah dan cinta luar biasa terhadap kalam Allah.
Semoga kejayaan ini menjadi asbab keberkatan buat ibu bapa, para guru serta terus menyuntik semangat kepada seluruh warga MTTNP untuk melahirkan generasi pewaris ummah yang hebat ilmu, kukuh hafazan dan tinggi akhlaknya.