
BATCH ASY-SYAFIE KE MAGHRIBI!
Alhamdulillah.
Pelepasan rasmi anak-anak Pahang ke Maghribi “Menuntut Ilmu Merentas Benua” telah disempurnakan dengan penuh bermakna.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dan amanat daripada Tuan Haji Abd Razak bin Abu Musa Saari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang. Semoga segala nasihat dan doa menjadi bekal untuk mereka menuntut ilmu demi kecemerlangan dunia & akhirat.
Ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam Pahang atas sokongan.
Selamat jalan dan pulanglah membawa kejayaan!