
MTTNP telah berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60, dengan seramai 40 orang calon memperoleh keputusan cemerlang straight A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga sekolah atas pencapaian yang membanggakan ini.
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) telah mencatat satu lagi detik penting dalam sejarahnya apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diumumkan dengan jayanya bertempat di Surau MTTNP.
Untuk makluman, MTTNP sebelum ini pernah melahirkan calon SPM, namun pencapaian tersebut direkodkan secara bersama di bawah gabungan dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP). Bermula SPM 2025, MTTNP telah diiktiraf sebagai pusat peperiksaan berdaftar, sekali gus mencatat pencapaian tersendiri dalam pelaksanaan SPM secara rasmi.
Kejayaan sulung ini amat membanggakan apabila MTTNP berjaya mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60, satu pencapaian cemerlang bagi penampilan pertama secara rasmi.
Seramai 48 orang calon telah menduduki peperiksaan ini yang merangkumi lima (5) mata pelajaran teras serta tiga (3) mata pelajaran aliran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Daripada jumlah tersebut, 40 orang pelajar memperoleh keputusan Straight A.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga pencapaian ini menjadi asas kukuh untuk kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.