website MTTNP

JEJAK ALUMNI : ALUMNI MTTNP RAIH ANUGERAH CEMERLANG

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada dua orang Alumni Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang atas kejayaan menerima Anugerah Cemerlang Akademik Pelajar Young Talent Program MARA dan Anugerah Cemerlang Akademik Program Tajaan Yayasan Pahang (KYP) dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA).

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik yang ditampilkan sepanjang tempoh tiga bulan pengajian di UCYP, meliputi penguasaan subjek Maharat Qiraah wal Kitabah, Maharat Istima’ wal Muhadasah, Qawaid Lughawiah dan Fiqh.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang, sekali gus menyumbang kepada pembinaan generasi ilmuwan yang berwibawa dan berintegriti pada masa hadapan.

Scroll to Top