Kelab Memanah MTTNP telah menganjurkan Pertandingan Memanah Tradisional Peringkat Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Memanah Tradisional Al-Fursan. Seramai 23 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam pertandingan pada kali ini. Diharapkan ahli kelab memanah MTTNP dapat menambahbaik kemahiran sebagai persiapan menghadapi pertandingan akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian.


