
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA ARAB ANTARABANGSA 2026
SYABAS & TAHNIAH!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar Ahmad Nizar Afham bin Zalifuddin, pelajar Tingkatan 4 Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), atas kejayaan meraih tempat kedua dalam kategori lelaki sempena Pertandingan Pidato Bahasa Arab Antarabangsa 2026.
Semoga kejayaan yang membanggakan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar, khususnya warga Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang, untuk terus mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab serta melakar lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.
Pihak MTTNP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan dan Pengajian Oman serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas penganjuran pertandingan yang amat bermakna ini, di samping usaha berterusan dalam memperkasakan Bahasa Arab dan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar.
Tahniah dan syabas! Semoga terus melakar kejayaan dan dikurniakan kecemerlangan yang berterusan pada masa hadapan.
