website MTTNP

BERAKHIR DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP EDISI KE-21

Setelah hampir 2 bulan berhempas pulas dalam menjayakan penyertaan Interschool Debating Championship UIA edisi ke 21, pasukan MTTNP telah berjaya mara sehingga peringkat _semi-final_ bagi kategori debat Bahasa Arab, dan telah melabuhkan tirainya pada 23 September 2024 lalu.
Penyertaan pada tahun ini telah mempertemukan 46 buah pasukan daripada sekolah-sekolah dalam Malaysia juga penyertaan negara jiran seperti Madrasah Aliyah Al-Hikmah & Darussalam Gontor Islamic Institution dari Indonesia dan Madrasah AlJuneid Al-Islamiah & Madrasah AlSagoff Al-Arabiah dari Singapura.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga para peserta dapat memanfaatkan peluang dan pengalaman ini dalam membentuk sahsiah pelajar yang berketerampilan dan berdaya saing.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu memudahkan setiap urusan peserta pertandingan bagi edisi kali ini.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
سنلتقي في نسخة قادمة إن شاء الله