Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang telah mengadakan satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul beserta Majlis Khatam Kitab bersama tetamu jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Uwais Qarni bin Abdul Wahab, Mudir Ribath Al-Mustofa.
Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan qasidah daripada Kumpulan Firqah Nurul Huda Al Hadi.
Dalam majlis tersebut Al-Fadhil ustaz Uwais telah membacakan sebuah kitab yang bertajuk (حول الاحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف) karangan As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
Semoga majlis seperti ini memberikan keberkatan kepada maahad dan pelajar khususnya, dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

