
Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) telah diberkati dengan kunjungan selama 3 hari 2 malam oleh al-Fadhil Prof. Dr. Idris al-Kharshafi al-Hasani dari Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi, bersama Ustaz Noer Illahyat Adhli al-Qarni.
Kunjungan ini sempena Festival Turath Islami Selangor 2025, dengan empat sesi utama diadakan:
1. Bersama alumni – persediaan menyambung pengajian ke Maghribi
2. Bersama Yayasan Pahang – peranan Yayasan dalam pembangunan pendidikan Islam negeri
3. Pembacaan Sahih al-Bukhari – bersama pelajar dan guru
4. Tausiah umum – keistimewaan Maghribi dalam melahirkan ulama
Semoga keberkatan, limpahan ilmu dan roh turath yang dibawa oleh para tetamu ini terus menyuburkan jiwa seluruh warga MTTNP serta mengangkat martabat institusi ini sebagai pusat ilmu warisan Islam yang unggul, insya-Allah.

